Kumpulan etnik Demografi_Jepun

99.4% adalah Jepun dan 0.6% adalah kaum minoriti Korea dan Cina. Ainu, Ryukyu dan buraku min merupakan kaum minoriti asli di Jepun. Orang Jepun sering dianggap sebagai kumpulan etnik yang homogen (sama jenis) namun kajian yang baru dijalankan menunjukkan bahawa kaum Jepun merupakan campuran beberapa bangsa. Mereka memiliki darah Cina, Korea, Melayu dan proto-caucasoid, dan ini menjelaskan kepelbagaian struktur muka yang terdapat di kalangan orang Jepun.

Rakyat asing:
Lebih daripada 2.5 juta (kemungkinan lebih tinggi disebabkan kehadiran pendatang tanpa izin) rakyat asing menetap di Jepun. Angka tersebut telah meningkat sebanyak 14.9% sejak lima tahun yang lalu. Daripada angka tersebut, Rakyat Korea (Utara dan Selatan) meliputi angka terbesar dengan 1 juta, diikuti Cina dengan 0.5 juta, Filipina dengan 0.5 juta, dan Brazil dengan 250,000. Terdapat juga rakyat Peru, Amerika utara, British, Indonesia, Thai, Afrika dan rakyat negara lain yang menetap di Jepun.

Bahasa dan agama

Bahasa:
Jepun. Penekanan kepada Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Agama:
Mengikut daftar kelahiran, 90% adalah beragama Shinto atau Buddhisme.[1]